Selasa, 11 Disember 2012

10 Dis 12 Sangat Mencabar

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi diatas peluang yang diberikan kepada aku dan seluruh keluargaku untuk kami bernafas dimuka bumi ini.

10 Dis 12, tarikh ni akan kekal dalam ingatan kami adik beradik. Sesungguhnya, Dia lebih berkuasa dalam mengatur kehidupan hambaNya. Pada tarikh ini, aku serta seluruh keluargaku diberi ujian yang sangat besar dimana kesabaran,kekuatan,semangat dan tidak putus asa itulah antara kriteria yang perlu kami hadapi.

10 Dis 12; 2.30am - Nenek aku kene tahan wad Hospital Putrajaya disebabkan demam panas (seminggu) dan doktor kata kemungkinan jangkitan kuman.

10 Dis 12; 8.30am - Adik bongsuku register belaja kat Politeknik Port Dickson.

10 Dis 12; 1.30pm - Kak Fina (Akak no. 2) monthly check up utk kandungan die kat Hospital Serdang, setelah pemeriksaan dibuat, doktor suruh paksa bersalin sbb air ketuban tak banyak n membahayakan baby dikhuatiri lemas... n skrg tunggu masa je tuk bersalin...(harap dpt betahan 12.12.12..kikiki)

So semalam hari yg sgt2 mencabar..sbbnyer pagi kat Hosp Putrajaya then lari p Hosp Serdang plak.. Alhamdulillah nasib baik En. Husben ada n dia lah yg paling penat sebab bawa keta n hantar kesemua tempat sehinggakan terpaksa balik Kluang awal pagi ni.. Syukur sgt dalam keadaan tegang camni, En. Husben ada membantu aku dan keluargaku. Mak pula tak senang duduk, memikirkan nenek aku yg sakit plus tambah risau bab akak aku nk bersalin. Cian mak, kurang rehat... Akak aku yg sulong plak lagi penat sbbnyer die terpaksa berlari kesemua tempat termasuk officenya. Pagi ni je, sblm ke office akak aku sempat singgah kt hosp tgk nenek aku n mandikan die. then baru masuk office.. Nasib baik suami kak Fina dah sampai, kalo tak mmg die gak lari ke Serdang.

* Mama plak kat Hosp PUSRAWI baru pas operate kanser.Ya Allah, moga engkau kembalikan kesihatan yg baik kepada seluruh keluargaku dan hambaMu.

2 ulasan: